CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

Tuesday, February 28, 2012

::Set Hamil Ambar Kenanga::





Agak lama jugak Pearl menyepikan diri..
Sebab?
Berehat dulu dari sebarang treatment...
Jadi..
Tak ada cerita yang nak dicoretkan kat sini....

Tapi,
tadi masa Pearl search tentang kehamilan..
Pearl ada baca tentang Produk Set Hamil Suami Isteri Ambar Kenanga..

Ni antara khasiat yabng diterangkan dekat website Ambar Kenanga....


SET HAMIL SUAMI ISTERI membantu pasangan suami isteri yang berkahwin untuk memiliki cahayamata atau zuriat termasuk pasangan yang telah mempunyai anak namun sukar untuk menambah cahaya mata seterusnya dan atau pasangan yang mengalami keguguran lebih setahun.
Ramai pasangan suami isteri yang gagal untuk mendapat zuriat sering menyalahkan pasangan masing-masing. Jangan mudah putus asa  kemungkinan yang dicuba tidak sesuai untuk anda dan pasangan. JADI APAKAH PENYELESAIANNYA? Cuba SET HAMIL SUAMI ISTERI AK kerana ia sesungguhnya lain daripada produk-produk yang berada dipasaran SET HAMIL SUAMI ISTERI AK berasaskan rempah ratus Arab atau Timur Tengah. Amalkan SET HAMIL SUAMI ISTERI AK berterusan dan sentiasa  berdoa serta bermohon kepada Tuhan agar dikurniakan cahayamata. Setiap doa hendaklah disusuli dengan USAHA dan KESABARAN. Ikuti penjelasan kami :-
SET HAMIL SUAMI ISTERI?
SET HAMIL SUAMI ISTERI AK adalah pemakanan lengkap selama 2 bulan atau 60 hari untuk pasangan suami dan isteri yang ingin hamil atau menambah anak termasuk pasangan yang isteri keguguran lebih setahun dan ingin hamil. Terdapat produk untuk isteri dan juga untuk suami dan penyapuan luaran. SET HAMIL SUAMI ISTERI AK hendaklah diambil oleh isteri dan juga suami untuk kesan optima memudahkan mendapatkan zuriat walaupun salah seorang pasangan tiada sebarang masalah tanpa mengira saiz badan.
APAKAH PANTANG-LARANG SEMASA MENGAMALKAN SHSI?
1. Hendaklah minum Air Masak Kosong 2 – 3 liter sehari. Hindari minuman yang berkafein seperti teh dan kopi serta minuman bergas atau
berkarbonat. Elakkan minum minuman masam dan berasid seperti jus mangga, jus oren, jus asam jawa dan sebarang minuman yang tajam.
2. Elak makan buah-buahan yang berasid seperti Mangga, Limau, Nenas dan Oren dll.
3. Elakkan makan makanan bercuka, berjeruk dan tapai.
BOLEH CAMPURADUK DENGAN PRODUK LAIN?
Pracampuran produk hanya dibenarkan untuk ubatan hospital atau vitamin sahaja. Tidak dibenarkan campuran produk-produk berasaskan herba kerana lebihan pengambilan produk berasaskan herba akan menyebabkan keracunan. Untuk ubatan hospital atau vitamin jarakkan masa pemakanan selama Tiga (3) jam sebelum atau selepas makan ubatan.
BOLEHKAH MAKAN SEMASA ISTERI KEDATANGAN HAID?
Isteri hendaklah terus mengambil AK WANITA dan AK TIMOYAN walaupun kedatangan haid. Ini adalah bertujuan untuk mengeluarkan darah-darah kotor dari rahim. Semasa kedatangan haid rahim atau urat saraf sedang kembang dengan mengambil produk tersebut membantu membersihkan kotoran didalam rahim. Memandangkan produk kami berasaskan rempah ratus bukan herba jadi tiada masalah mengambilnya semasa haid.
APAKAH TINDAKBALAS DARIPADA PENGAMBILAN SHSI?
1.         PENING – Pasangan kurang minum air masak dan hendaklah minum air 2-3 liter sehari sebab proses pembersihan dan pembaikan
memerlukan air putih yang lebih. Sapu MINYAK AMBAR KENANGA pada bahagian yang sakit.
2.         PERJALANAN DARAH HAID TIDAK MENENTU – Teruskan pemakanan SHSI kerana proses pembersihan dan pembaikkan sedang
dijalankan.
MASALAH FIBROID DAN CYST?
Sekiranya isteri ada masalah fibroid atau cyst, selain mengikuti pantang larang semasa mengamalkan SHSI hendaklah :
1.         Isteri hendaklah hentikan pemakanan daging lembu, daging kambing, daging kerbau dan juga bahagian dalaman daging tersebut. Tapi boleh
makan Ayam, Ikan dan Makanan Laut.
2.         Hentikan pemakanan sebarang bentuk kekacang dan produk berasaskan kacang seperti kacang soya, kacang tanah, tempe, tauhu dan
sebagainya. Insyaallah mampu membantu masalah fibroid dan cyrst. Apa-apapun dapatkan nasihat Doktor Pakar
.BERAPA LAMA HARUS AMBIL SHSI & NAMPAK HASILNYA?
Setiap individu adalah berbeza bergantung kepada masalah dalaman. Ada yang mengambil Satu (1) Set sudah berjaya hamil dan ada juga yang mengambil Empat (4) set baru berjaya. Yang penting jangan stress, ini akan menyukarkan kehamilan. Jadi perlu ada kesabaran dan keyakinan semasa mengamalkan SHSI. Insyaallah sekiranya serasi dengan anda dan doa diperkenankan oleh Tuhan ANDA PASTI HAMIL!!
***(masukkan doa suami atau isteri yang ingin menimang cahaya mata)
APAKAH HARUS DILAKUKAN APABILA DISAHKAN HAMIL?
1. Bila isteri disahkan hamil selain daripada pemakaian MINYAK AMBAR KENANGA dan suami AK LASAK berterusan. Pasangan suami
isteri dinasihati berjumpa dengan Doktor Pakar Bidan untuk membuat pemeriksaan keatas kesihatan Ibu, rahim dan janin.
2. Hendaklah mengambil dan memakan sebarang vitamin seperti asid folic, obumin atau sebagainya yang diberi oleh Doktor Pakar untuk
kebaikan isteri dan janin berterusan. Jangan mengelakkan pemakanan vitamin tersebut untuk kebaikan bersama.
3. Dalam tempoh 5 bulan atau sehingga janin dan rahim sudah stabil dinasihati, jangan mengangkat benda-benda berat, buat kerja keras atau
banyak berjalan atau berjalan jauh. Nasihat kami elakkan atau tangguh dahulu sehingga kandungan anda sudah besar. Ini adalah untuk
mengelakkan keguguran sebab rahim masih belum kuat lagi.
BILAKAH PERLU BERHENTI AMALKAN SHSI?
ISTERI  -  Apabila tidak datang haid atau lewat daripada masa yang ditentukan. Hentikan makan AK WANITA & TIMOYAN serta merta. Tapi teruskan penyapuan MINYAK AMBAR KENANGA pada perut, pinggang, kaki dan bahagian yang sakit untuk mengeluarkan angin badan dan menguatkan rahim.
SUAMI  - Walaupun isteri telah hamil suami hendaklah meneruskan pemakanan AK LASAK berterusan agar apabila mengadakan hubungan kelamin maka sperma suami masih sihat dan aktif.

Nota kaki: macam berminat je nak try.. tapi, kalau tengok harga.. macam tak berapa nak mampu je... ;)

peace! pearl pink....

Monday, January 16, 2012

::Berehat Sekejap::

Sekarang ni Pearl nak rehat dulu..
Rehat dari memikirkan rawatan...
Nak tengok dulu bulan ni berjaya atau tidak..
Kalau berjaya, Alhamdulillah..
Kalau tak, lepas ni Pearl nak pergi berurut dengan Mak Yong...
Harap-harap suatu hari nanti Allah akan makbulkan doa Pearl dan Suami..
Amin...
 
peace! pearl pink....

Friday, January 13, 2012

Egg white cervical mucus

Tahniah untuk kawan TTC kita... nakpregnant..
Alhamdulillah.. akhirnya usaha kawan kita ni berjaya...

Ramai jugak yang bila citer jer jumpa Egg white cervical mucus (EWCM). ..
Tup2 pastu terus pregnant..
Pearl pulak rasanya dah lama tak nampak ECWM tu..
Tak tau la pulak kalau Pearl yang tak perasan..
Dulu masa zaman anak dara selalu nampak..
Sekarang ni, period pun dah tunggang langgang..
Macam mana la ECWM tu nak nampak..

Hari ni hari ke 11 Pearl selepas period..
Dr nasihat supaya ber'BD' pada hari ke 11 hingga 16...
tapi en. suami cuma ade esok dan lusa jer..
pastu, dia dah out station..
takpe la, mana la tau..
kalau dah rezeki..
2 hari pun jadi jugak.. ;)

Doakan Pearl yer...

peace! pearl pink....

Tuesday, January 10, 2012

::Bersediakah untuk 4th iui?::

Terima kasih buat kawan2 yang tak jemu-jemu bagi sokongan kat Pearl...
Budi baik kalian tak dapat Pearl balas...

Tadi Pearl ada appoinment dengan Dr. WSL...
Dr. cuma tanya tentang period Pearl...
Pastu, Dr nak scan...
Dr. kata mana la tau kut2 ngandung..
sebab ade gak kes yang period tapi ngandung...
Pearl ok jer..
Tapi, Pearl tau Pearl tak ngandung....
Masa Dr scan, memang cornfirm Pearl tak mengandung..
Tapi, Dr nampak telo Pearl dah besar dan cantik..
Alhamdulillah...
Dr. kata.. Pearl tak ada masalah cyst, fibroid atau rahim terbalik..
Cuma rezeki je yang tak menyebelahi Pearl lagi...
Walau apapun, Pearl bersyukur sebab tak ada masalah yang memudaratkan...
Pasni, Dr suruh Pearl try conceive secara natural....
Kalau tak berjaya, Dr suruh Pearl sambung buat 4th iui bulan Mac ni..
Tapi, Pearl ingat nak rehat dulu..
Dr cakap, kalau bole jangan rehat lama sangat..
Kalau selepas iui tak berjaya, rehat sebulan dan terus buat iui lagi..
Potensi untuk berjaya lebih besar..
Sekarang Pearl tengah pening..
Kalau ikut en. suami dia 'on' je...
tapi, Pearl masih takut dan tak sanggup rasanya nak tempuh lagi..
Tapi, demi anak yang Pearl dan suami harapkan..
Mungkin, Pearl akan ikut nasihat Dr...

p/s: Doakan Pearl buat keputusan yang terbaik...

peace! pearl pink....

Wednesday, January 4, 2012

::Salam sayang untuk kawan-kawan::







Terima Kasih Kawan-kawan...
Semangat dan doa kalian lah yang buatkan Pearl makin kuat...
Tadi masa Pearl baca komen kawan2, terus Pearl menangis... teresak-esak..
Rupanya, Pearl tak keseorangan...
Pearl ada kawan2 yang memahami...
Walaupun kita semua tak pernah bersua muka..
Tapi, Pearl rasa korang lebih memahami Pearl dari kawan2 kat opis....
Tadi, ada sorang membe opis Pearl senyum lebar bila Pearl cakap yang Pearl period..
Pearl rasa sakit hati sangat tengok dia senyum..
Seolah-olah dia menyindir Pearl...
Sedih sangat...
Pearl sayang korang...
Salam Peluk cium dari Pearl...

peace! pearl pink....

Tuesday, January 3, 2012

::Gagal lagi::

Salam..
setelah sekian lama Pearl menyepi...
Hari ni Pearl nak share dengan kawan2 TTC Pearl...
3rd iui Pearl gagal lagi... 
Pearl rasa sedih sangat...
Tiap-tiap hari Pearl tengok kalendar dan berdoa agar period tak datang kali ni...
Tapi, Pearl tewas lagi..
Tadi Period datang masa Pearl kat opis..
Masa dalam toilet, bila Pearl tengok jer ada darah dalam mangkuk tandas...
Pearl fikir "takpe, maybe masih belum rezeki"..
Tapi, bila Pearl masuk  opis dan citer ngan kawan baik Pearl..
Terus airmata ni jatuh mengalir tak henti-henti...
Pearl rasa sedih sangat..
Rasa down dan rasa diri macam tak layak untuk jadi ibu....

Kebetulan pulak En. Suami tengah out station...
Lagi la Pearl sedih..
Pearl tak tahu nak cakap macam mana kat En. Suami...
Tapi, tadi bila En. Suami call...
Dia tahu yang Pearl rasa sedih...
Samada suara Pearl memang macam orang sedih atau aura seorang suami...
En. Suami suruh Pearl citer naper Pearl sedih....
Terus Pearl menangis teresak-esak dan citer kat En. Suami..
En. Suami suruh Pearl sabar..
Dia redha andai rezeki kami belum sampai..
Tapi, Pearl kesiankan En. Suami..
Dah lama dia tunggu kehadiran seorang anak dalam rumahtangga kami...
Pearl dah tak sanggup lagi nak dengar suara En. Suami..
Terus Pearl matikan talian...
Pastu, En. Suami bagi Mesej...



Salam sayang, sesusah manapun...sesenang manapun...seteruk manapun...abang tetap cintakan sayang.... abang akan sentiasa mencintai dan bersama sayang selamanya...



Bila baca jer kata2 En. Suami... terus airmata ni mengalir lagi.... kali ni lebih laju....
nota: Ya Allah.. Kau tabahkanlah hati hambamu ini..... Kau berikanlah rezeki zuriat untuk kami berdua... Amin...

peace! pearl pink....

Thursday, December 22, 2011

Dugaan Bertimpa-timpa

Ya Allah.. Hanya Kau yang Maha Mengetahui... Disaat-saat aku perlukankan ketenangan... Dugaan datang bertimpa-timpa... Tabahkanlah hatiku Ya Allah... Hanya padamu aku Memohon dan Berserah... Amin...

peace! pearl pink....